Container Icon

TIPS TIDUR YANG BERKUALITI

Kita semua tahu yang dimaksud tidur. Tanpa kecuali, setiap orang pasti melakukannya. Mulai dari bayi baru lahir sampai lanjut usia, dari yang normal sampai yang memiliki cacat tubuh, dari yang jiwanya sehat sampai yang mengalami sakit jiwa, semuanya tidur. Bahkan para ilmuwan menemukan fakta mengejutkan, yakni manusia dapat bertahan hidup lebih lama tanpa makanan daripada tanpa tidur. Pun ternyata tidur bukan monopoli manusia semata. Semua jenis mamalia, reptil dan burung memiliki ritme tidur dalam hidupnya.

*(sumber dari : http://smartpsikologi.blogspot.com/2007/08/tidur-kenapa-kita-tidur.html)

Saya ingin berkongsi entry berkaitan dengan tidur yang berkualiti.

Tidur tidak perlu lama tetapi haruslah berkualiti.   Seseorang tabg tidur setengah jam dakan senyuman adalah lebih baik daripada seorang yang tidur selama 12 jam dalam kegelisahan.

Psikologi manusia boleh dan perlu di pantau sejak awal lagi.  Jika mahukan padi yang sihat dan ceria, usahakan seawal malam menjelang.  Jika mahukan ketenangan seawal matahari terbit, usahakan emosi yang cemerlang sebelum melayari waktu malam.

Tips-tipsnya adalah :

1. BERTENANG

Jika boleh tidak usah menonton kisah sedih, ganas atau penuh teka teki sebelum tidur.  Lebihkan releks dengan kisah-kisah kekeluargaan yang memberi panduan, dokumentari, kisah-kisah haiwan, hiburan, perbualan yang menceriakan dan mendengar bacaan al-Quran.

2.SET HATI DAN MINDA

Ketika masuk tidur , lupakan semua masalah, baca doa dan tidurlah.  Lupakan hutang-piutang, maafkan kesalahan orang lain, letakkan azam yang padu di hati untuk menjadi manusia bahagia dan ceria sepanjang masa, set sesuatu yang hebat di hati.  Kemudian, pejamkan mata dan tidurlah.

3. BANGKITKAN SEMANGAT ANDA

Sebaik sahaja terjaga, terus baca doa dan kejutakn semangat yang masih kemamar dalam diri.  Tanya diri apa yang ingin dilakukan dan apa yang diingin dicapai pada hari ini.  Minda akan segera memberikan maklumat ikut apa yang telah disetkan seblum tidur.  Katakan "YA"!!!!! dan terus bangkit. Dengan semangat itu anda turut terjaga dan berbangkit.

*sumber : membina personaliti terbilang*


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

2 comments:

Unknown said...

cik piah memang suka tidur....(^_^)

Anonymous said...

kesian kat owg yang tak dapat tido malam sebab kono koje...

Post a Comment