Container Icon

BERTEMU JODOH..GERBANG PERKAHWINAN

Bila bercakap soal jodoh, pastinya ini merupakan salah satu topik  yang menarik untuk diperkatakan, tidak kira peringkat umur. kerana jodoh itu tidak datang hanya kepada orang yang berusia muda sahaja malah yagn telah berusia juga masih lagi bertemu jodoh dengan pasangan yang baru.  Semua orang mengidamkan jodoh yang terbaik untuk mereka kerana yang pastinya mereka mengharapkan itu merupakan jodoh pertama dan terakhir.  Namun, terdapat juga segelintir yang kecundang di tengah jalan.  Namun, itulah dinamakan takdir pertemuan...pasti akan ada perpisahan...dan semuanya adalah suratan kemungkinan juga merupakan salah satu kebetulan...Ujian dari Maha Esa..

Firman Allah...

Dan kahwinkanlah orang yang sendirian antara kamu, dan orang yang layak (berkahwin) daripada hamba-hamba kamu yang lelaki dan hamba-hamba kamu yang perempuan. Jika mereka fakir, Allah akan memberikan kemampuan kepada mereka dengan kurnia-Nya (Allah). Dan Allah adalah al-Wasi’ (Maha Luas), lagi al-‘Alim (Maha Mengetahui). 

surah an-nur : Ayat 32

Ayat di atas adalah menunjukkan bahawa suruhan diharuskan untuk melakukan perkahwinan kerana itu merupakan fitrah semula jadi manusia..akan tertarik dengan orang yang berlain jantina (lelaki dengan perempuan) jadi dengan pernikahan, kita akan memperolehi banyak manfaat dan mampu mengelak dari sebarang fitnah..Allah juga berfirman akan memberi kurniaan rezeki bagi mereka yang fakir. Rezeki Allah itu tersangatlah luas. Kita sebagai manusia haruslah sentiasa bersyukur dengan nikmat kurniaan yang diperolehi dan haruslah menggunakan dengan jalan yang diredhai..

HUKUM PERKAHWINAN

1. Perkahwinan yang wajib.
Orang yang diwajibkan berkahwin ialah orang yang mampu untuk berkahwin, sedang ia khuatir terhadap dirinya akan melakukan perbuatan zina.

2. Perkahwinan yang sunat
Orang yang disunatkan berkahwin ialah orang yang mempunyai kesanggupan untuk berkahwin dan sanggup memelihara diri dari kemungkinan melakukan perbuatan yang terlarang.

3. Perkahwinan yang haram
Orang yang diharamkan berkahwin ialah orang yang mempunyai kesanggupan untuk berkahwin tetapi kalau ia berkahwin diduga akan menimbulkan kemudharatan terhadap pihak yang lain seperti orang gila, orang yang suka membunuh atau mempunyai sifat-sifat yang dapat membahayakan pihak yang lain dan sebagainya.

4. Perkahwinan yang makruh
Orang yang makruh hukumnya berkahwin ialah orang yang tidak mempunyai kesanggupan untuk berkahwin (dibolehkan melakukan perkahwinan) tetapi ia dikhuatiri tidak dapat  mencapai tujuan perkahwinan.  Oleh itu dianjurkan sebaliknya ia tidak melakukan perkahwinan.

CIRI-CIRI SUAMI DAN ISTERI YANG BAIK.

Suami

  1. Berkemampuan
  2. Bertanggungjawab
  3. Baik
  4. Tidak Membebankan
  5. Mudah memaafkan 
  6. Mempercayai isteri
  7. Berketurunan baik dan rajin beribadah
  8. Tidak dayus
Isteri
  1. Taat perintah agama
  2. Menjaga kehormatan diri
  3. Sederhana
  4. Penyabar
  5. Lemah lembut
*wanita di pilih atas 4 sebab, keturunannya, hartanya, rupanya dan agamanya..kalau agama menjadi landasan bagi pilihan seseorang itu pasti akan memperolehi kebahagian dunia dan diakhirat..

Firman Allah

Wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita yang keji (pula), dan wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik, dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita yang baik (pula). Mereka (yang dituduh) itu bersih daripada apa yang dituduhkan oleh mereka (yang menuduh itu). Bagi mereka keampunan dan rezeki yang mulia
surah an nur : ayat 26

ayat di atas menerangkan tentang ciri-ciri jodoh bagi seseorang..oleh itu, jika kita hendakkan yang baik sebagai peneman hidup kita haruslah kita menjadi yang terbaik. Yang melakukan segala perintah Allah dan meninggalkan segala larangan-Nya.  

Kita haruslah mempersiapkan diri sebelum melangkah ke fasa perkahwinan.  Perkahwinan adalah satu anugerah yang harus dijaga kerana tidak semua akan merasa nikmat ini..ada yang telah diambil nyawanya sejak kecil , remaja dan juga yang dewasa namun masih belum bernikah..

Terdapat pelbagai hikmah perkahwinan antaranya adalah:
  1. Memerolehi ganjaran pahala.
  2. Menzahirkan kasih sayang dengan saluran yang betul
  3. Mengeratkan lagi tali persaudaraan.
  4. Memperolehi zuriat yang baik
  5. Mengelakkan fitnah
*pelbagai lagi hikmah yang tersembunyi di sebalik ikatan Pernikahan...



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

1 comments:

Anonymous said...

ilmu yang bermanfaat untuk bakal pengantin baru...

Post a Comment