Assalamualaikum...wiii...
Cik Piah hendak kongsikan satu lagi ilmu yang bermanfaat untuk kita semua iaitu amalan solat sunat Dhuha...
bagi siapa-siapa yang ada kelapangan masa same-samalah kita mengamalkan amalan solat sunat Dhuha...semoga dikurniakan rezeki yang berkat dan luas, pahala yang tinggi nilainya ..amin
Kelebihan Solat Sunat Dhuha
- Solat Dhuha adalah sedekah
Daripada Abu Dzarr radhiallahu’ anh, daripada Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam, baginda bersabda, maksudnya:
Bagi tiap-tiap ruas dari anggota tubuh salah seorang di antara kalian harus dikeluarkan sedekahnya setiap pagi hari. Setiap tasbih (Subhaanallah) adalah sedekah, setiap tahmid (Alhamdulillah) adalah sedekah, setiap tahlil (Laa Ilaaha Illallah) adalah sedekah, setiap takbir (Allahu Akbar) adalah sedekah, menyuruh untuk berbuat baik juga sedekah, dan mencegah kemungkaran juga sedekah. Dan semua itu boleh diganti dengan dua rakaat solat Dhuha. - Hadis riwayat Imam Muslim dalam Shahihnya, Kitab Sholaatul Musaafiriin wa Qashruha, no: 720.
- Allah mengurniakan rezeki yang cukup setiap hari
Daripada Nu’aim bin Hammar, dia berkata: Saya pernah mendengar Rasulullahshallallahu ‘alaihi wasallam bersabda Allah Azza Wa Jalla berfirman, maksudnya:
Wahai anak Adam, janganlah engkau sampai tertinggal untuk mengerjakan solat empat rakaat pada permulaan siang (waktu Dhuha), nescaya Aku akan memberi kecukupan kepadamu sampai akhir siang. - Hadis riwayat Imam Abu Dawud dalam Sunannya, Kitab al-Sholaah, no: 1097.
- Pahala seperti mengerjakan haji dan umrah
Daripada Anas radhiallahu’ anh, dia berkata: Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda, maksudnya:
Barangsiapa mengerjakan solat Subuh secara berjemaah lalu sesudah itu dia tetap duduk (di masjid) untuk berzikir kepada Allah sehingga matahari terbit (dan meninggi), kemudian solat (Dhuha) dua rakaat maka dia akan mendapat pahala sebagaimana pahala haji dan umrah. Dia berkata (Anas), Rasulullah bersabda: Yang sempurna, Yang Sempurna, Yang Sempurna. – Hadis riwayat Imam al-Tirmidzi dalam Sunannya, Kitab al-Jumu’ah,no: 535.
4. Solat dhuha adalah solat orang-orang yang bertaubat
Daripada Zaid bin Arqam bahawasanya Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam keluar menuju tempat Ahli Quba’ yang ketika itu mereka sedang mengerjakan solat Dhuha. Baginda lalu bersabda, maksudnya:
Solat Awwabin (orang-orang yang taubat) dilakukan pada saat teriknya matahari. - Hadis riwayat Imam Muslim dalam Shahihnya, KitabSholaatul Musaafiriin wa Qashruhaa, no: 748.
Nabi Muhammad SAW bersabda: “Wahai anak Adam! Janganlah sekali-kali kamu malas mengerjakan empat rakaat solat Dhuha, maka akan aku cukupkan keperluanmu sehinggaWaktu Solat Dhuha
Solat sunat Dhuha dilakukan pada waktu matahari sedang naik. Sekira cuacanya berhalangan adalah lebih mudah dengan merujuk kepada takwim waktu solat. Masanya adalah 28 minit selepas Syuruk, iaitu sekiranya waktu Syuruk 7.32 pagi dan ditambah 28 minit, maka masuknya waktu Dhuha bermula jam 8.00 pagi.Walaupun begitu waktu paling afdal melakukan Solat Sunat Dhuha adalah anggaran matahari naik, tinggi segalah (7 hasta atau 3 meter), lebih kurang dalam pukul 9.30 pagi.Zaid bin Arqam r.a. berkata: “Nabi SAW keluar menuju tempat Ahli Quba, di kala itu mereka sedang mengerjakan Solat Dhuha. Baginda bersabda; “Inilah solat orang-orang yang kembali kepada Allah, iaitu di waktu anak-anak unta telah bangkit kerana kepanasan waktu Dhuha.” (HR. Ahmad, Muslim dan Tirmidzi)waktu petang.” (HR Al-Hakim dan At-Tabrani)
Cara Mengerjakan Solat Dhuha
Solat ini boleh dilakukan sekurang-kurangnya dua rakaat sehinggalah 12 rakaat, tetapi yang paling banyak dikerjakan oleh Rasulullah ialahlapan rakaat.
.
1. Niatnya:
2. Surah-surah yang anjurkan untuk baca
i/ Ayat al-Kursi 10 kali dan Al-Ikhlas 10 kali atau;
ii/ As-Syams dan Ad-Dhuha. atau;
iii/ Al-lail dan Al-Insyirah.
*cik piah selalu amalkan ayat al-kursi 7 kali rakaat pertama, surah Al-Ikhlas 7 kali rakaat kedua.
DOA SELEPAS SOLAT DHUHA
*kalau tidak pandai yang bahasa arab pon tiada masalah...doa dalam bahasa melayu saje...kita faham apa yang kita doa lagi khusyuk semasa berdoa...doa banyak-banyak..kalau tidak termakbul sekali buat lagi...sampai Allah makbulkan...yang pasti kita akan dapat apa yang kita doakan tepat pada waktunya..tidak lambat sesaat tidak cepat sesaat..
Jika kita rasa Allah lambat makbulkan doa kita itu bermakna itu bukan masa yang sesuai untuk kita peroleh apa yang kita pohon..Allah Maha Mengetahui segala-galanya...kepada Allah kita bertawakal kepada Allah kita serahkan segala-galanya..yang penting jangan sesekali putus asa dengan apa yang Allah telah beri kepada kita...kerana seringkali kita lupa bahawa apa yang berlaku adalah pilihan kita..dan Allah memberi mengikut apa yang kita niatkan..Allahualam..segala yang baik datangnya dari Allah..segala yang lemah dan kurang datangnya dari diri sendiri...
Jika kita rasa Allah lambat makbulkan doa kita itu bermakna itu bukan masa yang sesuai untuk kita peroleh apa yang kita pohon..Allah Maha Mengetahui segala-galanya...kepada Allah kita bertawakal kepada Allah kita serahkan segala-galanya..yang penting jangan sesekali putus asa dengan apa yang Allah telah beri kepada kita...kerana seringkali kita lupa bahawa apa yang berlaku adalah pilihan kita..dan Allah memberi mengikut apa yang kita niatkan..Allahualam..segala yang baik datangnya dari Allah..segala yang lemah dan kurang datangnya dari diri sendiri...
jadi...jom kita amalkan...(^_^)
*SEBARKANLAH ILMU WALAU SEPOTONG AYAT...
1 comments:
tq atas perkongsian...(^_^)
Post a Comment