Container Icon

MISI MENCARI

Assalammualaikum...wiii.....

Jam menunjukkan pukul 1.00 Tengahari...lebih kurang 60 jam telah berlalu kisah kehilangan MH370 yang telah dilaporkan hilang yang masih belum diketemui..Press Conference pertama untuk hari ini 10/3/2014 telah pon dilakukan pada pukul 12 tgh ari tadi di sebuah hotel berdekatan KLIA.. segelintir daripada Ahli keluarga penumpang china pon telah sampai ke Malaysia untuk mendengar sendiri penjelasan daripada pihak Malaysia tentang kehilangan MAS Boeing 777 - MH370..

Ahli keluarga penumpang Malaysia juga telah berkumpul dan telah diberi semangat berbentuk sokongan moral.. Banyak wajah-wajah sedih kelihatan...sedih mengenang nasib menimpa si penumpang MAS Boeing 777-MH370. Di manakah mereka berada????Sihat kah mereka????Selamatkah mereka???semua tertanya-tanya...

Tompokan minyak yang di jumpai di laut china selatan juga masih belum di kenal pasti puncanya dan kebenarannya...FBI juga turut terlibat dalam misi mencari kerana berkemungkinan terdapat unsur-unsur jenayah kerana telah di dapati 2 orang penumpang menggunakan pasport palsu..

Banyak spekulasi boleh dilakukan...banyak andaian boleh di lakukan..tetapi, sila perhatikan ahli keluarga si penumpang MAS Boeing 777-MH370..jangan suka2 bagi spekulasi yang bukan-bukan..kita tiada di tempat mereka..kita tidak merasa pe yang mereka rasa....

Pengharapan itu masih ada selagi belum ada berita yang sahih tentang kehilangan MAS Boeing 777-MH370..berdoala,,,kerana doa merupakan senjata orang mukmin..tanam dalam hati..akan semua ini adalah merupakan takdir...qada dan qadar Allah...dan itu sahaja yang mampu kita lakukan sekarang ini..semoga Allah permudahkan segala uruskan mencari dan menyelamat MAS Boeing 777-MH370..Semoga akan diketemui dimana ia berada....

PRAY FOR MAS BOEING 777-MH370
 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

2 comments:

Inilah DuniaKu said...

bila kuar berita ttg MH370 ni..hati sayu je..nak nangis je...mujurlah akk bukan orang yang turut mencari pesawat MH370..dari jauh kita doakan keselamatan mereka..AMIN

Unknown said...

kan akak...sedih...lagi-lagi bace puisi tentang MH370 tu...mcam salah sorg penumpang tu orang yang kte kenal je..menitis air mata...:(

Post a Comment