Container Icon

Wah...Berjaya Sudah....

Assalammualaikum...wiii...

Seronok, seronok...cik piah dah berjaya menghasilkan satu blog yang pada cik piah sangatlah kreatif sebab cik piah ini bukan kreatif orangnya lagi-lagi kalau bab-bab menghias ke apa ke..memang out la..hihihihi..cik piah dapat hasilkan blog ini adalah hasil dari tinjauan-tinjauan blog-blog yang telah lama bertapak. Cik piah baru je..kategori newbies..(^_^).  

Blog ini cik piah jadikan medan untuk berkongsi segala ilmu dan pengetahuan yang cik piah ada untuk dijadikan sebarang panduan atau pun perkongsian..Kawan-kawan juga boleh sertai cik piah dalam blog cik piah ini dengan meninggalkan komen atau sebarang cadangan di kotak halaman comment.hihihihi..

Kalau tiba-tiba saja rasa berkenan dengan blogskin cik piah ini cik piah boleh ajar macam mana hendak buatkan..kalau hendak suruh cik piah buatkan pun no hal lah..cik piah suka saja kalau ada orang minta tolong daripada cik  piah..kalau cik  piah mampu cik piah akan bantu dengan sepenuh hati cik piah..

Kalau ikutkan dulu cik piah pernah hasilkan blog semasa zaman persekolahan cik piah..semasa itu cik piah memang tersangatlah buta IT..hahahaha..jadi orang lain dapat hasilkan blog yang sangatlah cantik, sedangkan cik piah blog...susah hendak cakap..hahaha..malu gitu..sebabnya tak tahu dasboard kat mana..nak buat entry tak tahu dekat mana dan macam-macam lagilah yang cik piah tidak tahu..my space tidak pernah ada..Yahoo Massenger pun sama..tidak ada..Facebook pun kawan serumah cik piah yang tolong buatkan..almaklumla..datang dari kampung..masok bandar fresh lagi...memang zero lah..tak tahu apa-apa. jadi, kalau ada kawan-kawan yang minta tolong memang cik piah suka sangat hendak membantu, sebab cik piah pernah merasa semasa tidak tahu apa-apa..minta tolong orang lain..ketuk pintu bilik orang lain. minta tolong orang lain buatkan, jawapan orang lain sibuk dan tidak boleh nak tolong. Kalau ikutkan waktu tu memang cik piah frust sangat-sangatlah..tapi sekarang Alhamdulilah..sudah ada ilmu sikit-sikit.dan cik piah nak kongsikan dengan orang lain.

cik piah sebenar nak berceloteh panjang panjang..tapi cik piah tiba-tiba rasa macam sudah kehabisan idea untuk meneruskan jari jemari cik piah ini untuk menaip..okeyla...

Wasalam..adios amigos...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment