Dah Mula Dah...Dah Mula Dah...
hello.Salam Jumaat.cik piah dah start dah baca novel dekat bawah ini.baru je sangat mulakan.jadi tak banyak cik piah boleh kongsikan tentang novel ini.yang pastinye ada orang fall in love bila baca novel ini...teruja cik piah nak bace...apakah sebab boleh sampai fall in love ....(^_^)...sama-sama kita layan.....
Assalammualaikum...wiii...cik piah sudah habis baca novel ini..lima bintang cik piah bagi. Memang terbaikla. Okey, sekarang cik piah hendak ulas sedikit berkaitan dengan novel ini. Penulis novel ini merupakan penulis yang sama Novel The Weeding Breakers. Ingat lagi tidak cerita Ariana Rose. Cerita itu mendapat ranking tertinggi semasa episod terakhir iaitu 4.5 juta. Cerita tersebut diadaptasi daripada novel The Weeding Breakers.
Let's we continue.. Novel ini mengisahkan seorang wanita yang bernama Hana Sofea yang telah meminati Syed Haydar selama 3 tahun hanya melalui alam maya sahaja sehinggalah pada suatu hari ketika Hana ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat PHD di luar negara satu perkara yang tidak sengaja telah berlaku.
Bermulanya dengan tempat duduk Hana telah diduduki oleh seorang perempuan tua dan kerana itu, pihak bertanggungjawab telah memberi Hana tempat duduk Kelas Pertama. Secara kebetulan pula tempat duduk hana bersebelahan dengan syed haydar. Bermulala kisah cinta 13 jam antara Hana Sofea dan Syed Haydar. Syed Haydar cuma menganggap Hana Sofea sebagai "drug" yang menyebabkan dia rasa seperti sedang berkhayal. Manakala hana pula menganggap ini merupakan satu anugerah dari Allah. Kisah 13 berakhir dengan penuh kenangan. Hati Hana telah dilukai apabila melihat syed haydar bersama kekasihnya iaitu model terkenal yang berada bersama Syed Haydar, ketika di lapangan terbang. Sejak itu, hana berazam untuk melupakan syed haydar atas dorongan dan nasihat fido..
Ketika Hana sampai di sana, dia telah ditawarkan menjadi ibu angkat kepada seorang kanak-kanak perempuan , Emmel yang telah mengganggap hana sebagai mommy nya..Fawwaz Hussaini seorang jutawan arab telah menawarkan hana dengan membayar 50 buck perjam dan sebuah kereta audi TT keluaran terbaru. Hana di tawarkan berkhidmat sebagai ibu angkat selama 11 tahun.
Kisahnya terus berlanjutan apabila hana bertemu dengan Linda, Helena dan juga Samuel. Semenjak itu, hana mula berubah dan mula belajar tentang erti kehidupan sebenar sebagai seorang hamba Allah. Helena merupakan sorang rakan yang dikenali dengan tidak sengaja apabila wanita itu telah melanggar Linda. Helena juga adalah merupakan ibu sebenar kepada Emmel. Fawwaz akhirnya telah menyerahkan semula
Emmel kepada Helena kerana wanita itu telah banyak berubah menjadi yang lebih baik.
Fawwaz telah mengajak hana untuk memulakan hidup baru dan mempunyai anak sendiri. Selama tiga tahun menunggu masa yang sesuai untuk berbincang dengan ayah Hana semuanya musnah sekelip mata apabila Syed Haydar menayangkan gambar ketika mereka bersama selama 13 jam di dalam A380. Fawwaz telah mengambil keputusan untuk membatalkan niatnya untuk menikahi hana dan telah berkahwin dengan Iman Almas, seorang wanita kuwait. Manakala, hana akhirnya mengambil keputusan untuk berkahwin dengan Syed Haydar atas sebab ayahnya. Ini kerana Syed Haydar adalah merupakan pemegang saham terbesar di H' Cafe yang merupakan perniagaan utama keluarganya. Hana telah meninggalkan Syed Haydar di malam pertama perkahwinan mereka, namun, jodoh yang berpanjangan, sekali lagi mereka bertemu di dalam pesawat penerbangan ketika hana ingin pergi ke India untuk menyertai misi kemanusiaan. Hana dan Haydar akhirnya hidup bahagia dan memperolehi seorang anak perempuan..tamat...
2 comments:
A380 ?..akk lom bace tp dah ada 1 buku lg..adaptasi novel jepun ke malaysia..BANGLO KUCING..hik..hik..bilakah nak bace entah
wah...mesti best ceritanya..hihihihihi..akak dah beli ke novelnye?ke bce dekat perpustakaan?
Post a Comment