Container Icon

INTERVIEW PEGAWAI KHIDMAT PELANGGAN GRED N17

Assalammualaikum…wiiii……
Chaq…(^_^)

Sorry ya…okey sekarang cik piah sambung balik apa yang cik piah telah kongsikan…
Antara dokumen-dokumen yang selalu dia minta untuk dibawa adalah  :

ORIGINAL N KENA FOTOSTAT..OKEY…
  •   Kad Pengenalan : Mestilah kena bawak\ kad pengenalan kalau tak awal-awal lagi kena reject…warganegara manalah yang sesat dekat sini.
  •  Sijil kelahiran
  • Sijil SPM….
  • Sijil Berhenti Sekolah-Mano2 yang rasa sudah hilang sijil berhentinya silalah back to school…dapatkan balik sijil berhenti..okey….
  • Resume…-nun cik piah sudah kongsikan macam mana hendak buat resume..cuba tinjau-tinjau sedikit di halaman cik piah ini…pasti ketemu gitu…


ü  Ini dokumen wajib yang kena bawa…tidak kirala jawatan pembantu ke , penolong Pegawai ke, atau Pegawai sekali pon…mesti empat pekara ini harusla dibawa…

DOKUMEN TAMBAHAN YANG HARUS DI BAWA:
  •   Sijil aktiviti –apa sahaja aktiviti yang di join..
  •   DIPLOMA/IJAZAH
  • Transkrip bagi pelajar tahun akhir…
  •   Surat sokongan daripada ketua jabatan..
  •  Lampiran A/D yang ditandatangai oleh ketua jabatan…
  • Slip gaji-ini yang cik piah paling malas nak bawa masa interview…pengurusan kewangan cik piah sudahlah tidak berapa  hendak bagoskan..hahahahaha…


Okey…jom sambung pengalaman cik piah….

Sudah banyak interview cik piah pergi…main question mesti intraduce yourself…ceritalah apa yang korang hendak cerita…jangan sampai dia tanya…lagi????memang anda dalam kategori bahaya..hihihihi…cik piah pon ceritalah berjela-jela panjangnya…sekali diactanya…kenapa cik piah datang interview jawatan ini sedangkan cik piah dah ada kerja yang sedikit saja bagus dari jawatan itu…itu dia….cik piah hendak jawab apa…cik piah pergi suka-suka sahaja..hahahahaha…tanpa berfikir panjang cik piah pon hentam sajalah jawapannya…maap ya encik panel...encik panel kata kerja ini angkat telefon saja…yeke?????cik piah rase macam tidak…cik piah pon membangkanglah kata-kat cik panel itu..bab-bab membangkang kata-kata orang ini memang cik piah suka..hahahahaha…macam saja nak cari pasalkan…cik piah saja orang yang paling lama di temuduga..tapi tidak berjaya pon.

lupa pula..dia ada tanya kalau berlaku permasalah di tempat kerja macam mana..contohnya kalau ada krisis dengan rakan sekerja macam mana hendak selesaikan…cik piah pon jawablah dengan jawapan standard budak sekolah rendah saja…jawapan cik piah..bawa bincanglah..saling akui kesilapan sendiri…dan berdamai…senang sahajakan jawapan cik piah..sebab itulah cik piah kata jawapan cik piah standard sekolah rendah saja…hahaha…dekat sini juga cik piah hendak berkongsi maklumat tentang bidang tugas seorang Pegawai Khidmat Pelanggan Gred N17.


Deskripsi Tugas:
Bertanggungjawab dalam mengendalikan dengan cekap dan berkualiti semua panggilan telefon, melayani pelanggan/tetamu yang berurusan dengan jabatan secara tertib dan mesra, memberi penerangan mengenai perkhidmatan yang disediakan oleh agensi, membantu pelanggan/tetamu yang berurusan dengan jabatan sehingga isu berbangkit selesai. Merekod dan memantau aduan perkhidmatan sehingga selesai dan memaklumkan kepada pelanggan/tetamu dari semasa ke semasa perkembangan di atas aduan pelanggan/tetamu.

*maaf ya...cik piah terpaksa tukar semua penggunaan perkataan..tapi macam tidak seronok saja...(~_~)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment